SELAMAT DATANG & WELCOME

Selamat datang ke blog rasmi SeriGawi yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk semua.

Welcome to our webpage which offering you interesting packages. Feel free to contact us anytime.

nice view of kenyir lake

Nov 26, 2008

Taman Herba Tasik Kenyir

Objektif Taman ini berdasarkan 3p
  • Pelancongan
  • Pendidikan
  • Penyelidikan

Taman ini yang berkeluasan 15.84 ha. terletak di Pulau Sah kecil yang merupakan laluan ke pulau-pulau lain di bahagian selatan Tasik Kenyir seperti Air Terjun Saok, Air Terjun Lasir, Pulau Petang, Tanjung Mentong dan Pulau Bewah. Taman ini bersebelahan dengan Rumah Rehat Kerajaan Persekutuan.

Jarak dari Pengkalan Gawi ialah 7km dan mengambil masa 15 minit perjalanan dengan bot laju.

Taman ini mula dibangunkan pada tahun 1995 dengan kerja-kerja awal seperti pembersihan kawasan. Diantara kemudahan asas yang disediakan ialah jeti, laluan pejalan kaki mengelilingi pulau, wakaf, tapak semaian, pejabat pentadbiran/pusat interpretatif, aboretum, laluan reflexology dan tandas awam. Sebuah jambatan telah dibina menghubungkan Pulau Sah Kecil dengan Pulau Sah Besar.

Sungai Buweh


Bagi pengunjung yang tidak mahu masuk ke kawasan pedalaman menggunakan bot, mereka ada pilihan untuk berkelah di kawasan Air Terjun Sungai Buweh yang boleh sampai dengan kenderaan, kira-kira 5.5km daripada pengkalan Gawi. Beberapa kemudahan disediakan oleh pihak KETENGAH seperti wakaf, tandas, pelantar pejalan kaki dan kolam takungan. Air terjun Sungai Buweh mempunyai keunikan tersendiri di mana airnya mengalir dan menghilang di bawah tanah.

For those who don't want to go to rural area using boat, they do have choice to picnic at the Sungai Buweh Waterfall that can be reached by vehicle (around 5.5km from Pengkalan Gawi). The facilities that are provided are bench, toilet, walkway and pool. This Waterfall has water flow which are gone underground.

Lata Terap

  • Jarak dari Pengkalan Gawi - 22km
  • Chalet terhampir - LakeLand resort
  • Aktiviti - Berkayak, fotografi, memancing

Tembat

  • Jarak dari Pengkalan gawi - 23km
  • Kemudahan penginapan - Tapak perkhemahan
  • Chalet terhampir - Musang Resort
  • Aktiviti - Trekking, berenang, fotografi, berkayak, berkhemah, kursus motivasi.

Saok








































































































  • Jarak dari Pengkalan gawi - 8km












  • Kemudahan Penginapan - Tapak perkhemahan












  • Chalet terhampir - Rumah Rehat Kerajaan Persekutuan












  • Aktiviti - Trekking, berendam, fotografi, berkayak, berkhemah, kursus motivasi.












  • Tambang bot - RM 120.00

Air terjun Lasir

  • Jarak dari Pengkalan Gawi - 18 km
  • Kemudahan penginapan - Tapak pekhemahan
  • Chalet terhampir - Uncle John Resort
  • Aktiviti - Trekking, mendaki, berenang, fotografi, berkhemah, kursus-kursus motivasi
  • Tambang Bot - RM 280.00

Tasik Kenyir




Tasik kenyir kaya denagn flora & fauna. Satu daripada elemen alam semulajadi yang menjadi tarikan di Tasik Kenyir ialah air terjun. Terdapat tiga destinasi yang popular dab sering dikunjungi, iaitu Lasir, Saok dan Tembat.

Lasir merupakan air terjun tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas. Air terjunnya cantik dan bertingkat-tingkat. Antara yang menjadi tarikan di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberangi air terjun.

Air terjun yang agak landai dan terletak hampir denan Pengkalan Gawi ialah Saok. Ia juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi, tetapi tidak mempunyai kilam-kolam yang besar sebagaiman Lasir. Taman Herba di Pulau Sah Kecil terletak tidak jauh dari laluan masuk ke kawasan air terjun ini.


Nov 22, 2008

Boat


  • Boat can take almost 6 people at one time.
  • Safety jacket are provided

Santuari Kelah Sungai Petang


Selamat Datang



Aktiviti beriadah di santuari

Ikan kelahPerjalanan ke Sungai Pertang

Pendahuluan Kompleks Santuari menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Pusat Penyelidikan, Pusat Pembenihan, Galeri dan Akuarium. Di lubuk-lubuk pengunjung berpeluang melihat dan memberi makan ikan. Lokasi Terletak di Sunagi Petang, Tasik Kenyir dan jarak kira-kira 21km dari Pengkaln Gawi (40 minit perjalanan menggunakan bot laju) 11km dari Como dan 16km dari Empangan Hidro-Elektrik Sultan Mahmud (Jenagor).
Luas kawasan tadahan ialah 14,416 ha. (termasuk 9,980ha. dalam Taman Negara)
Harga tambang bot bagi 6 penumpang ke Sanctuari Kelah di Sungai Petang ini ialah sebanyak RM 400.00